Wednesday, 2 September 2015

Kek ini merupakan antara kek yang paling simple tanpa menggunakan oven hanya menggunakan pengukus sahaja dan rasanya amat sedap.

Bahan untuk kek coklat



 Image result for kekcoklat  kukus


Bahan A
· 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun ) 
· 1 cawan gula pasir 
· 1 cawan susu cair 
· 1 cawan minyak masak 
· 1/2 cawan susu pekat 
Bahan B 
· 11/2 cawan tepung gandum 
· 1 sudu teh bikarbonat 
· 1 sudu teh baking powder 
· 1 sudu teh esen vanilla 
· 3 biji telur (suhu bilik) 


Cara-cara 
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan. 
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A. 
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati. 
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++ 
5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. 

6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa 
7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping.



Ini hasilnya setelah siap dikukus ;)

BAHAN UNTUK TOPPING (ganache) NYUMMMM

Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas 

Cara: 

  1. Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler. 
  2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. 
  3. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair. 
  4. Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek. 
  5. Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek. 
  6. Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas. 
  7. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi. 
  8. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. 
  9. Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas.. 
* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist 

Selain itu, kte juga bole hias seperti gamba dibawah :
                 
Image result for kekcoklat  kukus             

sila cuba okeyyy...xnyesal nye...konpem jadi.. 
Kek ini nampak agak complicated, tp pada hakikatnya ia amat mudah utk dimasak. Pada kali pertama sy menbuat kek ini, hiasannya agak buruk , tp rasanya xmenghapakan heheheh;p . Selepas beberapa kali cuba baru jadi yg lebih cantik :). Saya harap resepi ini dapat membantu rakan-rakan diluar sana untuk cuba. 


RESEPI RAINBOW KEK

Bahan-bahan3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ ita guna 1 3/4
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Cara-cara
  1. Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang.Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.sapukan juga baking paper dengan butter
  2. Panaskan oven pada suhu 170C
  3. Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
  4. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
  5. Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
  6. Masukkan esen vanila
  7. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
  8. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar


  1. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
  2. Masukkan dalam loyang
  3. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
  4. Bila dah masak letak atas redai tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
  5. Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
*Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.

Untuk Cream Cheese Frosting

Bahan
250 g cream cheese
120 g gula
120 g butter

Cara-cara

  1. Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu.
  2. Sedia untuk digunakan.

Untuk melapis.

  1. Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.
  2. Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan.
  3. Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat siatas laisan cream cheese tadi.
  4. Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang stepa ini hingga habis. Setelah lapisan yang terakhir jangan ayakkan serbuk coklat sebaliknya buat lapisan cheam cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek.
  5. Hias mengikut kreativiti masing-masing.


 Inilah hasilnya setelah siap dimasak, Sangat menyelerakan dan ceria. SELAMAT MENCUBA :))))