Monday, 31 August 2015

Mee racun yang sangat lazat.

 

MEE RACUN YANG SANGAT BERACUN..


   Mee racun merupakan mee yang sangat popular di kalangan rakyat Johor, oleh kerana, saya juga      berasal dari johor, pada kali ini saya ingin menulis berkaitan masakan yang sangat digemari oleh orang Johor dan saya sendiri.  Resepinya cukup simple, bahan pun tak terlalu memberatkan. Sesekali kalau hari cuti apalah salahnya kita cuba satu menu baru untuk kita sajikan sebagai hidangan buat keluarga tersayang.
    
 Ada beberapa penambahan yang di lakukan pada resepi. Bukan menderhaka, tapi ianya lebih kepada mengikut selera ita dan keluarga. Anda juga boleh ikut selera anda dalam merasa setiap masakan yang anda sediakan.Pasti dah tak sabar kan nak tau cara penyediaannya.. Jom apa tunggu lagi,  ikut saya masuk dapur, saya akan kongsikan resepi yang cukup sempoi ni.. yok!


Bahan-bahannya

600 g mee kuning
Telur goreng ~ tambahan untuk di makan bersama
Tauhu goreng ~ tambahan untuk di makan bersama
Sawi atau kubis ~ tambahan untuk di makan bersama (dicelur)
Daun sup dan daun bawang ~ tambahan untuk di makan bersama
1/2 kg daging di rebus ~ yang ni ita tambah ( jika guna batang pinang tak payah rebus)
1/2 kg tulang di rebus
beberapa ekor udang
beberapa ekor sotong di potong

Bahan Kisar

4 ulas bawang merah  ~ ita lebihkan bawang merah supaya kuahnya manis sedikit
3 ulas bawang putih 
1/2 inc halia

4 sudu besar lada boh ~ ita guna cili kering dan ita lebihkan sedikit supaya sedikit pedas
5 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
1 kiub ayam ~ ita gantikan dengan kiub daging
1 sudu besar gula ~ yang ni boleh ikut citarasa masing-masing, tapi mee racun ni kuahnya sedikit manis
sedikit garam
1 buku gula melaka yang sederhana besar ~ yang ni ita tambah untuk sedikit rasa lemak manis
sedikit serbuk lada sulah
sebiji tomato ~ ita lebihkan sedikit tomato buah dan kurangkan sos tomato


Kaedah penyediaan

  1. Mula-mula kita rebus dahulu tulang kambing hingga empuk. Jika tak suka kambing boleh gantikan dengan tulang lembu. Ita guna daging batang pinang jadi ita tak rebus daging tu sebab daging batang pinag ni dia lembut dan tak perlu di rebus.
  2. Sememtara kita tunggu tulang dan daging empuk, bolehlah kita sediakan bahan tumis
  3. Dalam kuali, tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau.
  4. Masukkan lada boh, tumis hingga garing. Ita guna cili kering, jadi ita kenalah kisar hingga halus.
  5. Kemudian bila dah terbit minyak barulah kita masukkan air rebusan tulang kambing tadi, masukkan sekali daging dan tulangnya. Ita masukkan terus daging batang pinang yang ita potong kecil.
  6. Masak hingga ia merenih
  7. Kemudian masukkan sos tomato dan  sos cili biar mendidih
  8. Masukkan udang dan sotong
  9. Ita tambahkan gula Melaka , gula, garam secukup rasa, kiub ayam atau daging dan  serbuk lada sulah. Masak hingga kuah agak pekat masukkan kobis dan tomato. ( ita tak masukkan sawi, kerana ita celur sahaja sawi ita tu)
  10. Bagi yang nak masak secara halakat, boleh terus masukkan mee dan sawi. Tapi bagi yang nak masak kuah banyak mee dan sawi tu kita celur sahaja
  11. Dah siap...
Mudah aje kan. SELAMAT MENCUBA!!